FACEBOOK and BLOG



CCTV

FOLLOW and DASHBOARD

WELCOME TO MY BLOG

EXCHANGE LINK

YOUTUBE PLAYER

29 Februari

Silent Readers
29 FEBRUARY 2012


     Tahun lompat (leap year) merupakan tahun yang mengandungi lebih satu hari daripada tahun biasa Tahun lompat ada 366 hari, manakala tahun biasa ada 365 hari. Tahun 2008 merupakan tahun lompat. Jika anda melihat balik kalendar 2008, anda akan dapati bahawa bulan Februari mempunyai 5 kali hari Jumaat di mana bulan ini bermula dan berakhir pada hari Jumaat. Antara tahun 1904 dan 2096, tahun lompat akan berkongsi hari yang sama bagi setiap tarikh yang berulang hanya sekali selama 28 tahun. Tahun yang terdekat di mana bulan Februari mengandungi 5 kali hari Jumaat adalah pada tahun 1980 dan kejadian seterusnya akan berlaku pada tahun 2036.

     Dalam kalendar Gregorian, kalendar yang digunakan kebanyakan negara, 3 kriteria bagi menentukan tahun lompat adalah setiap tahun yang boleh dibahagikan kepada empat ialah tahun lompat. Daripada tahun-tahun tersebut, jika ia boleh dibahagikan kepada 100, ia bukan tahun lompat, kecuali tahun yang boleh dibahagikan kepada 400. Maka tahun tersebut ialah tahun lompat.

    Menurut kriteria-kriteria di bawah, tahun 1800, 1900, 2100, 2200,2300 dan 2500 bukan tahun lompat. Manakala tahun 2000 dan 2400 ialah tahun lompat. Secara alternatifnya, kriteria-kriteria di atas boleh dituliskan dalam bentuk algoritma dengan mengaplikasikan konsep modulo:
Jika tahun tersebut modulo 400 ialah 0, maka ia tahun lompat
Jika tahun tersebut modulo 100 ialah 0, maka ia bukan tahun lompat
Jika tahun tersebut modulo 4 ialah 0, maka tahun tersebut ialah tahun lompat

Dont forget to comment and like . Thank you .

0 0 Little Secrets:

Post a Comment

Hye . Thanks for reading . Leave your comment here . Thank you . ツ