FACEBOOK and BLOG



CCTV

FOLLOW and DASHBOARD

WELCOME TO MY BLOG

EXCHANGE LINK

YOUTUBE PLAYER

Zaman Sekolah Rendah

Silent Readers
15 DISEMBER 2012

Balik sekolah beli Dendang, JoJo, Tora. Beli semata-mata nak mainan. Coklat dalam kotak tu kadang-kadang tu tak makan pun.
Gosok gigi ramai-ramai kat tepi longkang.
Jam tangan yang ada penutup, ala-ala Power Rangers jadi idaman.
Kapur papan hitam dijadikan senjata oleh cikgu untuk baling budak-budak yang tidur dalam kelas.
Kat perpustakaan, memang ramai budak-budak masuk perpustakaan tapi sebenarnya kebanyakkan mereka tengok gamba je. Bila ada program Nilam, baru la semua sebok berpakat nak pinjam buku.
Kat sekolah ada salesman yang jual buku cerita. Hari ni bagi senarai buku yang akan dijual, esok mintak duit parents beli walaupun jalan cerita buku tu semua dah tau.
Lawan pemadam. Beli banyak-banyak pemadam tapi sayang nak guna untuk memadam. Padahal itu fungsi sebenar pemadam, untuk memadam.
Main game 2D. BomberMan, Duck Hunt, PacMan, Super Contra, Super Mario, Street Fighter,sume pakai tape je. Ada gak tape yang ada 9999 game, tapi hampasss semuanya dusta belaka. Semua game-game yang duplicate.
Masa subjek Pendidikan Seni, semua boleh melukis tapi bila masa nak mewarna, semua hampeh!
Masa yang paling dinanti-natikan semua pelajar, pelajaran Pendidikan Jasmani. Ohhhhh PJ! Main kat luar!
Orang bawa buku tapi kebanyakkan bawa kereta dash, kereta tamiya dan main dalam longkang.
Pakai kotak pensel yang boleh bukak depan belakang, ada sharpener kat tengah-tengah kotak pensel tersebut.
Pakai pembaris yang bergerigi. Kat dalam ada air, ada benda-benda berkilat dalam air tu. Cikgu pulak pakai pembaris kuning panjang. Selain untuk lukis garis lurus, pembaris tersebut digunakan untuk mengetuk tangan budak-budak yang degil. Ehh, jangan lupa, kekadang, bulu ayam pun jadi mangsa tau.
Pengaruh iklan dalam tv! Beli kasut berlampu kat tapak sebab kat iklan boleh tembak alien.
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kat sekolah tu tak lah best sangat tapi yang berduit pun join RMT. Tak faham. Tak faham!
Siri kartun seperti Doraemon, Dragonball, Gaban, Ninja Turtles, Power Rangers, Shin Chan, Thundercats, Ultraman famous sangat.
Takut BCG tapi selepas injection muka sorang-sorang poyo je. Pandai pulak kata tak sakit dengan kawan yang sedang menunggu giliran ye.

Dont forget to comment and like . Thank you .

0 0 Little Secrets:

Post a Comment

Hye . Thanks for reading . Leave your comment here . Thank you . ツ