FACEBOOK and BLOG



CCTV

FOLLOW and DASHBOARD

WELCOME TO MY BLOG

EXCHANGE LINK

YOUTUBE PLAYER

Tanda-tanda Ketagihan Internet

Silent Readers
01 MARCH 2013


Anda cuba untuk kurangkan waktu online beberapa kali tetapi tidak berjaya.

Anda merasa geram dan marah apabila ada orang ganggu anda online. Anda pamerkan tanda ‘Jangan Ganggu’ ketika anda online. Bila ada yang mendekati dengan wajah yang garang anda jengilkan mata sambil memberi isyarat supaya dia mematuhi tanda tersebut.

Anda mula merahsiakan apa yang anda lakukan di Internet setiap hari. Anda bimbang orang akan lekehkan apa yang anda lakukan. Kutuk internet bererti kutuk aku.
S: Awak lama-lama kat internet, awak buat apa?
J: Ada la.

Anda tidak produktif lagi kerana masa banyak terbuang di depan komputer. Bila disuakan dengan kerja, anda katakan bahawa anda sibuk. Nak check e-mel lagi, nak update Blog lagi, nak baca Blog orang lagi, nak tengok wall kawan-kawan lagi. Mana cukup masa.

Anda terima sesiapa sahaja dalam akaun Facebook, Friendster, Hi5, MySpace, Twitter, Pocodot, Yahoo Messenger dan lain-lain. Pada anda, jika anda ada ramai friends dan followers pada akaun Facebook dan Twitter anda, maka itu menandakan bahawa anda popular. Padahal seorang pun anda tak kenal!

Apabila sendirian dan tidak lakukan apa-apa, anda bayangkan anda sedang online dan menikmati keasyikannya.

Bila anda hadapi tekanan kerja atau belajar, anda berkata, "Indahnya jika ada Internet."

Cuba bayangkan dunia tanpa Internet.
Reaksi: TIIDDDAAAAAAAAKKKKKKKKKK!

Keputusan peperiksaan anda terjejas kerana pelajaran terabai. Anda kata ada sebab lain. Padahal semua orang tahu internet adalah penyebabnya!

Mengutamakan keseronokkan internet berbanding bergembira dengan kawan-kawan.
S: Mana yang lebih seronok? Berkumpul dengan kawan-kawan, pasang cerita, hidang air dan kacang, bergelak tawa bersama-sama atau online?
 J: Online.

Online melebihi keperluan. Mata tertumpu ke monitor, tangan di keyboard. Tapi tak tahu nak tulis apa.

Periksa e-mel sebelum mulakan sebarang kerja. Apabila ada e-mel yang perlu dibalas, anda akan mula melekat di meja komputer. Bila tengok jam, “Ah! Aku dah lewat!”

Urusan harian tertangguh. Gelas dan pinggan yang belum dibasuh tersusun rapi di samping meja komputer. Bila nak guna baru basuh. Bukan basuh selepas guna.

X: Bila la aku boleh online.
Y: Lama mana dah kamu tak online?
X: Baru je tadi. Line tengah terputus sekarang ni.


Dont forget to comment and like . Thank you .

0 0 Little Secrets:

Post a Comment

Hye . Thanks for reading . Leave your comment here . Thank you . ツ