14 APRIL 2012
Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram dan ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.
Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak badak). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.
Diam Seribu Bahasa
Dia akan diam sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak layan kita seperti sebelum ini.
Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Dia tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!
Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk.
Matikan Telefon Bimbit
Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia dan bagi alasan habis bateri. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat.
Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la. Lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi”. Walhal perut lapar. Nak uji dia, duduk je makan depan dia.
Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok televisyen tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di televisyen tapi hatinya ke lain.
0 0 Little Secrets:
Post a Comment
Hye . Thanks for reading . Leave your comment here . Thank you . ツ